Featured By: Aqilah Paharuzi March 19, 2022 @ 6:56pm

Kerajaan Meluluskan Kadar Gaji Minimum RM1,500 Sebulan Bermula 1 Mei Ini – PM

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kelulusan bagi pelaksaan kadar gaji minimum baharu RM1,500 sebulan yang bakal bermula pada 1 Mei ini di seluruh negara.

Bagaimanapun, Perdana Menteri memaklumkan kadar gaji tersebut hanya akan membabitkan majikan syarikat besar dan tidak membabitkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

“Kos sara hidup semakin meningkat. Ini akan menekan golongan B40. Saya mendengar perbahasan yang dibawa oleh perwakilan dan keluhan rakyat di luar sana.

“Justeru, hari ini saya ingin mengumumkan di dalam dewan keramat ini kerajaan meluluskan pelaksanaan kadar gaji minimum baharu RM1,500 sebulan mulai 1 Mei 2022 di seluruh negara,” katanya dalam ucapan penggulungan PAU 2021 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.

Sementara itu, Perdana Menteri turut menjelaskan bahawa satu perbincangan akan diadakan bersama Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi bagi membincangkan tangguhan kadar gaji baharu tersebut kepada syarikat kecil dan koperasi yang tidak mampu membayar pekerja mereka.

“Bagi syarikat kecil, mikro dan yang berkurangan pendapatan Menteri Sumber Manusia akan berbincang dengan Tan Sri Noh Omar (Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi).

“Ini termasuk koperasi kecil yang tidak mampu membayat RM1,500 sebulan, supaya kita tangguhkan pelaksanana gaji minimum kepada syarikat kecil ini.

“Kita faham kalau ada restoran, gerai atau warung di kampung yang ada jumlah pekerja yang kecil, tidak wajar memaksa mereka. Jadi, 1 Mei ini untuk syarikat besar, termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan sebagainya,” katanya.

Meninjau di ruangan media sosial Twitter mengenai  berita baik ini, rata-rata daripada wargamaya meluahkan rasa syukur atas pelaksanaan kadar gaji baharu itu.

Sumber: Berita Harian
Kredit Foto:  Harian Metro

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 9 Apr 2024
Featured Fri, 16 Dec 2022

Individu Suruh Pergi Pejabat Kadi, Zarina Anjoulie Beri Hint Dah Kahwin?

Wah betul ke ni? Moga yang baik-baik untuk Anju

Hiburan Tue, 6 Jun 2023
Events Wed, 18 Oct 2023

Kumpulan Fourtwnty Impi Berkolaborasi Dengan Yuna

Wow! Kalau Fourtwnty koloborasi dengan Yuna confirm 🔥🔥🔥

Trending Sat, 21 Aug 2021
Trending Tue, 7 Jun 2022

“Saya Nak Runtuhkan Rumah…” – Kak KM Beli Banglo RM5 Juta, Netizen Kata Menunjuk

Kak KM nak ubahsuai rumah, tak nak tinggal rumah bekas penghuni lama.