Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain April 9, 2024 @ 11:47am

Ubai Mz Sebak Pertama Kali Sambut Raya Tanpa Ibu – “Lainlah Perasaan Dia…”

“Lainlah perasaan dia bila beraya tanpa ibu kandung,” luah pempengaruh Ubai Mz yang juga merupakan suami kepada penyanyi, Shila Amzah bila ditanyakan tentang perasaannya bakal menyambut raya tanpa sosok seorang ibu.

Umum tahu, ibu Ubai, Allahyarhamah Rohani Jamal telah meninggal dunia akibat sakit kanser ovari, 30 Julai lalu.

Menurut Ubai, dia sering meluahkan rasa hatinya seorang diri di kubur arwah ibunya dan bercerita tentang perkembangan terkininya yang bakal bergelar bapa tidak lama lagi.

“Saya dah nak bergelar ayah kepada cucu pertama dia. Sebelum Ramadan mula, saya pergi ke kubur dan bermonolog dengan arwah mak. Saya cakap ni cucu mak ni, jadi saya rasa sebak sikitlah,” jelasnya.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Ubai ketika ditemui di Majlis Tayangan Raya Astro 2024 di Le Meridien Hotel, baru-baru ini.

Tambah Ubai, dia hanya mampu mengenang dan merindukan momen ketika membuat persiapan dan menyediakan juadah raya bersama ibunya setiap kali menjelang syawal.

“Antara yang saya rindukan bila bersalaman di pagi raya. Lepastu pada hari terakhir puasa tu kami mesti tolong masak, buat rendang dan sebagainya.

“Tapi Insya-Allah tahun ni kita akan beraya kat rumah arwah mak, kami akan panggil adik-beradik saya dan Shila akan tolong masak untuk kembalikan vibes raya tu. Tapi masakan mak saya yang saya rindukan adalah rendang ayam tua,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 16 Dec 2022

Hannah Yeoh Tak Ambil Hati Netizen Edit Gambar Jadi Meme Kelakar – “Kami Sporting, Kreativiti Luar Biasa”

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh membuat lawatan ke Stadium Nasional Bukit Jalil, baru-baru ini. Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Hannah di Twitter, dia bersama Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim […]

Hiburan Tue, 22 Jul 2025
Featured Fri, 30 May 2025

Misi Berbasikal Amar Baharin Akhirnya Tamat Di Madinah, Amyra Rosli Luah Rasa Bangga!

Amyra Rosli meluahkan rasa syukur apabila misi kayuhan suaminya, Amar Baharin berakhir.

Hiburan Wed, 5 Sep 2018

‘Kalau Aku Jahat, Aku Biarkan Budak Tu Balik Mabuk Drive…’, Zarina Anjoulie Bongkar Rahsia?

Dia (Ismail Izzani) adalah seorang lelaki baik cuma kedekut je tak reti bayar hutang…

Featured Wed, 7 Jun 2023
Featured Wed, 15 Mar 2023
error: Content is protected !!