Categories: Trending

Sentiasa All Out Dalam Persembahan, Zizi Kirana Akui Penantian 11 Tahun Tidak Sia-Sia

Walaupun kali pertama berentap di pentas penuh berprestij Anugerah Juara Lagu Ke-35 (AJL35), penyanyi yang sering tampil dengan lagu bergenre hip hop ini mengakui bahawa penantiannya selama 11 tahun amat berbaloi.

 

Zizi Kirana atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil, 36, menjelaskan beliau sama sekali tidak meletakkan harapan yang tinggi namun prinsip untuk terus memberikan yang terbaik di pentas AJL35 kali ini menjadi pendorong dan semangat untuk beliau terus ‘all out’ dan buat apa yang beliau mahu.

 

” Alhamdulillah, dengan kemenangan ini saya sangat berpuas hati. Saya memang tak pernah nak target untuk dapat tempat pertama atau kedua, sebab saya sentiasa berpegang pada prinsip ‘just enjoy’ “

 

Memberikan konsep hip hop nusantara dalam persembahannya, Zizi Kirana menjelaskan look yang dibawakannya pada malam AJL35 diambil dari mitologi Jawa iaitu, Kanjeng Ratu Nyi Roro Kidol.

 

 

Malah, persembahan terbaik ini turut diiringi dengan 7 alat muzik tradisional seperti rebana, seruling, darbuka, kulintangan, gendang, Jado dan gamelan serta gubahan muzik yang padu dari Aubrey Suwito.

 

Ketika ditanya mengenai perancangan Zizi selepas AJL35, beliau akan kembali aktif dengan rakaman studio dan penggambaran sehingga April ini.

 

“Bermula esok saya akan kembali masuk studio dan beberapa penggambaran lagi sehingga penghujung April untuk beberapa program. Dan, menjalankan kerja seperti biasa”

 

 

Terdahulu, Zizi Kirana diangkat sebagai pemenang Persembahan Terbaik pada AJL35  menerusi lagu Eh ciptaan Navigator, Mambang dan beliau sendiri.

 

Korang yang terlepas persembahan Zizi Kirana pada malam tadi, boleh saksikan video di bawah :

 

 

Salma Syahbuddin