Categories: FeaturedTrending

“Saya Terpaksa Kuatkan Mental & Emosi” – Kaka Azraff Dedah Cerita Perit Sebelum Bergelar Juara AJL35

Anugerah Juara Lagu 35 yang semalam menyaksikan lagu Gila dinobatkan sebagai juara sekaligus menepati ramalan ramai pihak yang menjangkakan kemenangan tersebut.

Ternyata lagu ciptaan Noki, Loca B & Ezra Kong yang dinyanyikan oleh Kaka Azraff, Noki & Loca B, mengangkat genre hip hop sebagai penanda aras untuk terus bersinar dalam industri muzik tanah air.

Namun di sebalik kemenangan mereka, terselit kisah duka yang dialami oleh penyanyi utama, Kaka Azraff.

Menurut Kaka, ketika melakukan persiapan untuk AJL, dia dikejutkan dengan berita menyedihkan apabila nenek kesayangannya meninggal dunia.

“Kaka kehilangan nenek 3 hari lalu tapi terpaksa pendam perasaan untuk buat persembahan di AJL.

Menurut Kaka lagi dia terpaksa terus bertahan dan menguatkan mental dan emosi untuk tidak mengecewakan ahli kumpulannya.

Malah Kaka turut menambahkan kehilangan tersebut terlalu besar kerana neneknya merupakan insan yang bertanggungjawab yang memberi tunjuk ajar untuknya terus menyanyi.

Semoga Kaka terus kuat hadapi ujian ini.

Kami di Xtra turut bersimpati dengan kehilangan yang dialami Kaka.
Al – Fatihah.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”