Categories: Trending

#SetulusIkhlas: Masjid Ini Hadiahkan Basikal Percuma Untuk Kanak-Kanak Datang Solat

Kata orang bulan puasa ni lah bulan mulia untuk kita menggandakan amal pahala terutamanya amalan bersedekah. Jika kita rajin memberi, berlipat ganda amalan pahala yang diterima. Ye tak?

Basikal Percuma Jika Datang Solat Jemaah

Terbaru, sebuah masjid di Bachok Kelantan menghadiahkan basikal percuma buat kanak kanak berumur hingga 10-12 tahun. Hadiah itu diberikan sebagai ganjaran untuk mereka yang datang menghadiri solat jemaah setiap hari. Bagusnya!

Menurut Ustaz Baharin Yusoff yang merupakan imam utama masjid ini, inisiatif ini dilakukan sejak tahun lalu, di mana kanak-kanak yang menghadiri solat berjemaah dapat mendaftarkan nama mereka sekiranya menghadiri solat jemaah Subuh, Maghrib dan Isyak.

“Pada mulanya mereka akan datang ke masjid kerana ingin mendapatkan hadiah namun lama kelamaan minat mereka untuk menghadiri solat jemaah pastinya akan timbul,” ujarnya.

Tambah Ustaz Baharin lagi, lebih 100 peserta yang mendaftarkan diri tahun lalu namun hanya 15 orang yang berjaya menunjukkan kehadiran penuh dalam 3 waktu solat berjemaah.

“Sesiapa sahaja boleh mendapatkan basikal percuma itu sekiranya mereka memenuhi syarat yang ditetapkan. Pada tahun ini, kami turut memberikan hadiah buat golongan dewasa yang menunjukkan kehadiran penuh solat Terawih”, Ustaz Baharin turut memaklumkan pemenang yang layak mendapat hadiah akan diumumkan pada 28 Ramadhan. 

Alhamdulillah, semoga lebih banyak masjid yang mewujudkan inisitiaf seperti ini. Tapi ingat, datang masjid bukan sebab basikal ye,tetapi kerana  Lillahitaala. Selamat menjalani ibadah puasa!

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”