Categories: Trending

#SetulusIkhlas: “Tidur Dulu. Tadi Malam Hawa Tidur Lambat. Sampai Nanti Ayah Kejut”- Pengacara Ini Dedah Sifat Penyayang Bapanya

Bapa mana yang tidak sayangkan anaknya, begitu mulia dan ikhlas hati seorang bapa yang sentiasa menginginkan yang terbaik buat anak-anaknya. 

Terbaru, pengacara dan juga pembaca berita TV3 yang namanya semakin meningkat naik, Hawa Rizwana berkongsi mengenai sifat penyayang bapanya yang cukup menyentuh hati. 

Menerusi laman Instagram yang di muatnaik oleh Hawa, gadis ini berkongsi mengenai kisah ayahnya yang banyak menjadi tulang belakang terhadap kerjayanya. Berikutan pengalaman ayahnya yang pernah terlibat dalam bidang penyiaran, Hawa banyak mendapatkan nasihat daripada ayahnya.

Menurut perkongsian Hawa, setiap kali bapanya menghantarnya ke pejabat, beliau sentiasa berkongsi pelbagai kisah dan kadang kala membiarkan anaknya untuk tidur dalam kereta kerana memahami kesibukannya yang sibuk bekerja.

Hawa turut berkongsi mengenai kebaikan dan sifat penyayang bapanya sehingga disegani oleh bekas pelajar beliau. 

Bak kata orang, ayah adalah cinta pertama dan role model terbaik buat anak perempuannya. 

 

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”