MV ‘Kill This Love’ Haram Ditayang?

Muzik video ‘Kill This Love’ dilaporkan telah diharamkan tayangannya oleh Korean Banning System (KBS) di Korea Selatan.

Meskipun berjaya menarik jutaan penonton di Youtube, pihak Korea Banning System (KBS) telah melakukan satu kajian semula terhadap muzik video lagu tersebut selepas dipercayai mempunyai unsur keganasan lalu lintas.

Dalam sebuah babak yang menyaksikan salah seorang anggota Blackpink, Rose tidak memakai tali pinggang ketika memandu dalam muzik video berkenaan.

Atas sebab itu, muzik video tersebut dianggap tidak sesuai oleh pihak KBS lalu di ban.

Selain MV Kill This Love, muzik video Boombaya kumpulan tersebut pernah ditimpa masalah yang sama apabila, terdapat lirik yang tidak sesuai seperti ‘F U Pay me’.

Selain Blackpink, beberapa artis Korea yang lain turut menghadapi masalah yang sama apabila MV mereka turut di ban oleh KBS antaranya, Park Bom, Kim Don Han’s dan Co Jun Min. Ternyata KBS mementingkan undang-undang penyiaran berkaitan muzik video artis mereka.

Sementara itu, sebilangan besar peminat Blackpink tidak dapat menerima bahawa lagu itu diharamkan oleh KBS. Mereka turut mempersoalkan isu drama Korea yang juga mempunyai masalah yang sama.

SGMS Faida