‘Di Mana Jati Diri Menteri Ini?’- Aishah Luah Rasa Kecewa Dengan YB Syed Saddiq

Nampaknya usaha Kementerian Belia dan Sukan membawa masuk kumpulan K-Pop terkenal, BTS membuat persembahan sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 mendapat pelbagai reaksi di kalangan selebriti.

Selain pelakon Sharnaaz Ahmad, penyanyi Aishah turut ‘menegur’ Menteri Belia & Sukan YB Syed Saddiq dalam hal ini.

“ Minta maaf ye menteri PH, dalam hal ini I tak setuju. Kenapa harus dibawa lagi artis-artis luar sedangkan artis tempatang melopong melihat peluang pekerjaan diberi kepada orang asing? Di mana jati diri menteri ini dan hormatnya kepada bakat tempatan?,” soal Aishah.

Aishah turut meluahkan kekecewaanya yang mengibaratkan situasi ‘Bagai menyusukan kera di hutan sedangkan anak sendiri kelaparan’.

“ Walaupun berlainan fahaman politik dengan seorang artis lelaki yang menyuarakan hal ini, dalam kes ini I setuju dengan beliau.

“ Pleaselah, Malaysia ramai lagi artis yang berbakat, open your eyes, dengar betul-betul dan banggalah dengan bakat di tempat asal sendiri,” tegurnya lagi.

SGMS Faida