Categories: Trending

Sharnaaz Ahmad Perli Abang Terlajak Laris

Selepas bayi terlajak laris dilahirkan pada 25 Jun yang lepas, ramai peminat mahupun rakan artis meghantar ucapan tahniah atas kelahiran bayi Yusoff Al Qardawi. Namun, video yang dimuat naik oleh Datuk Aliff Syukri sendiri ketika isterinya itu sedang bertarung nyawa mendapat kecaman dan teguran daripada rakan artis seperti Faizal Ismail dan Sharnaaz Ahmad.

Jika dilihat menerusi akaun insta story Sharnaaz, beliau menulis. “Kalau aku post video time bini aku bersalin nanti mau lepas bersalin aku kena penerajang kamikaze dengan beliau.. Jangn risau sayang, i takkan buat kerja camtu”

Adakah Sharnaaz Ahmad mengeluarkan kenyataan tersebut dengan niat mahu memerli tindakan Abang terlajak laris?
Apapun, sebenarnya perkongsian tersebut dibuat adalah untuk berkongsi momen manis Datuk Aliff Syukri bersama isterinya, Datin Shahida diatas kelahiran putera mereka yang dilahirkan seberat 3.15 kilogram itu.
Salma Syahbuddin