Categories: Trending

Shila Amzah Sah Bergelar Isteri. Hati Peminat Lelaki Patah Seribu Tak?

Penyanyi Shila Amzah telah mengakhiri zaman bujangnya apabila sah bergelar isteri kepada Haris Idraki Elias dengan sekali lafaz pada petang semalam. Tahniah penulis ucapkan! Majlis pernikahan yang dihadiri oleh pihak keluarga dan rakan selebriti ini menyaksikan keayuan Shila mengenakan busana berwarna putih. 

Bagaimanapun, menurut Shila dia masih belum menetapkan sebarang tarikh resepsi lagi dan akan berkongsikannya kelak. Suami Shila, Haris bekerja dalam bidang kewangan di kota London dan dia juga pernah berkerja sebagai wartawan The Star pada tahun 2015. Pasangan ini telah bertunang pada November tahun lalu. 

Jom kita tengok gambar sekitar majlis pernikahan pasangan sama cantik, sama padan ini.

Foto: Instagram Anhevents

Semoga Shila dan suami berbahagia sehingga ke jannah dan dikurniakan cahaya mata yang comel-comel. Sama-sama kita nantikan majlis resepsi yang akan diumumkan oleh Shila nanti.
Sumber: Rotikaya
tex_admin