Categories: Trending

Siti Nurhaliza Bakal Timang Baby Boy, Nama Anak Bakal Bermula Dengan…

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, 41, yang kini sedang hamil anak kedua dijangka akan menimang cahaya mata lelaki pada April 2021.

Siti dan suami, ahli perniagaan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa atau Datuk K mendedahkan perkara terbabit menerusi siaran virtual kempen Shoppee Live 12.12 Birthday Sale sebentar tadi.

“Syukur Alhamdulillah, impian untuk menginginkan sepasang cahaya mata akan menjadi kenyataan tak lama lagi. Semoga Allah mempermudahkan urusan kehamilan saya,” katanya.

Selain itu, Datuk K turut mendedahkan nama anak keduanya akan bermula dengan Muhammad diikuti dengan huruf A.

“Sebelum ini, saya sudah ada empat cahaya mata lelaki dan seorang perempuan. Selepas ini, insya-Allah tambah lagi seorang lelaki.

“Nama akan bermula dengan Muhammad dan diikuti dengan huruf A. Nama penuh anak kami akan dikongsi selepas tujuh hari kelahirannya nanti,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Aafiyah Bakal Jadi Kakak, Siti Nurhaliza Sahkan Hamil 4 Bulan

ARTIKEL BERKAITAN: “Kali Ini Lebih Gementar & Emosi..” – Umum Kehamilan Kedua, Siti Nurhaliza Ikut Saranan Ustaz

Pada awal bulan ini, Siti mengumumkan kehamilan keduanya menerusi salah sebuah hantaran di laman Instagram.

Padin