Categories: Trending

“Stylonya Dua Beradik Ni” – Penampilan Ummi Nazeera dan Abang Curi Tumpuan di KL Fashion Week

Pelakon Ummi Nazeera antara selebriti tanah air yang sentiasa mempunyai personaliti yang menarik sehingga namanya kini menjadi sebutan ramai dek kerana lakonannya yang mantap.

Umum mengetahui, Pelakon Risik Pada Hati itu juga mempunyai seorang abang yang mempunyai personaliti yang tersendiri.

Terbaharu, satu rakaman yang memaparkan Ummi dan abangnya, Nazreem Musa yang hadir di Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) telah mencuri perhatian wargamaya.

Dalam perkongsian tersebut, Ummi dan Nazreem dilihat mengenakan pakaian sedondon serba merah ketika menghadiri pertunjukkan fesyen tersebut.

Melihat gaya dan dan personaliti adik beradik itu memang membuatkan ramai terpesona dengan situasi berkenaan dimana Nazreem dilihat melindungi bahagian atas muka Ummi dengan tangan ketika hujan.

Perkongsian di laman Instagram Ummi itu telah meraih hampir 190 ribu tontonan dan 10,000 tanda suka.

Di ruangan komen, rata-rata wargamaya memberikan pelbagai reaksi terhadap video tersebut. Ada juga yang menganggap Nazreem sangat comel apabila melindungi kakaknya itu.

Artikel Berkaitan: Sertai Kelas Lakonan, Ummi Nazeera Gembira Dapat Puaskan Hati Penonton

Sumber: umminazeera

Khairil Khusyairi