Trending By: Salma Syahbuddin April 22, 2021 @ 3:29pm

Sukar Bernafas Dan Hilang Deria Bau, Sweet Qismina Positif Covid-19

Mengalami kesukaran bernafas dan mengalami demam yang berlarutan, pelakon Sweet Qismina mengesahkan dirinya kini dijangkiti Covid-19.

Perkara tersebut juga turut dikongsi oleh pihak Warner Music Malaysia menerusi satu hantaran di laman instagram milik pelakon tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 💙فرهنا قيسمينا سوڤندي💙 (@sweetqismina)

Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi, 24, sebelum ini terlibat dalam satu penggambaran filem berjudul Tariandi sebelum memaklumkan beliau kurang sihat dan hanya mengambil ubat selama tiga hari berturut-turut sehinggalah dilaporkan mengalami kesukaran bernafas.

“Saya tidak sihat semasa menjalani penggambaran filem Tariandi di Kuala Kangsar, Perak sejak 16 April lalu.
“Saya mengambil ubat selama tiga hari, tetapi belum pulih dan sukar bernafas. Menyedari keadaan kesihatan yang masih belum pulih, saya membuat ujian calitan di Hospital Columbia, Taiping dan keputusannya adalah positif.
“Saya kemudian dihantar ke Hospital Kuala Kangsar dan membuat ujian saringan, keputusannya tetap positif. Selepas itu, saya dihantar pula ke Pusat Kuarantin Ipoh untuk dikuarantin.
“Saya tiada sebarang komplikasi, cuma hilang deria rasa dan bau,” katanya.

Dalam hantaran sama, Sweet dilihat menulis kapsyen berupa doa agar dihindari daripada penyakit berbahaya.

“Tuhanku, Tuhan manusia, hilangkanlah penyakit. Berikanlah kesembuhan kerana Kau adalah Penyembuh. Tiada yang dapat menyembuhkan penyakit kecuali Kau dengan kesembuhan yang tidak menyisakan rasa nyeri,” tulisnya.

Malah, pelakon yang pernah dinobatkan sebagai Artis Baharu Wanita Popular Anugerah Bintang Popular BH ke-30 (ABPBH30) itu turut mengucapkan terima kasih kepada petugas kesihatan yang banyak membantunya sepanjang proses rawatan di hospital. Sweet juga berharap agar semua peminat beliau mendoakan kesihatan dan kesejahteraannya dalam melawan penyakit tersebut.

“Doakan semoga saya cepat sembuh daripada Covid-19,” katanya.

Terdahulu, beberapa selebriti tanah air seperti Ashraf Muslim, Puteri Aishah, Alif Satar, Harris Anuar, Shima Anuar, Emma Maembong, Aepul Drama Band, Aeril Zafrel dan Aprena Manrose juga pernah disahkan positif Covid-19.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#LaguXTRA Thu, 16 Mar 2023