Categories: Trending

Surcaj 10% Touch ‘n Go untuk bayaran ‘parking’ akan dimansuhkan!

Ada berita baik untuk pengguna Touch ‘n Go!

Apabila anda ingin meletak kereta di dalam sesetengah bangunan atau pusat beli-belah, kadangkala anda diberi pilihan sama ada mahu membayar yuran meletak kereta anda dengan wang tunai, ataupun dengan kad Touch ‘n Go.

Pilihan kedua itu memanglah memudahkan, tetapi yang tidak seronoknya, anda akan dikenakan surcaj sebanyak 10 peratus. 

Bagi anda yang tetap ingin menggunakan perkhidmatan ini, ada berita baik: surcaj ini akan dimansuhkan tidak lama lagi! Yay!

Surcaj 10 peratus ini hanya dikenakan di kawasan-kawasan yang menggunakan dua sistem pembayaran. Sumber: Says.com

Pengumuman ini telah dibuat di persidangan Dewan Rakyat semalam (6 November) oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen, menurut laporan The Star.

Untuk pengetahuan anda, surcaj 10 peratus ini hanya dikenakan di kawasan-kawasan yang menggunakan dua sistem pembayaran, iaitu melalui kad Touch n’ Go ataupun wang tunai.

Bagi kontraktor baharu, surcaj ini tidak lagi akan ditawarkan. Bagi kontraktor yang sudahpun menggunakan servis ini pula, kadar surcajnya akan dihentikan secara berperingkat.

Chieng Jen menambah, surcaj ini ialah sesuatu yang ‘diwarisi’ daripada kerajaan Malaysia terdahulu. Kerajaan terkini ingin memansuhkannya tetapi disebabkan oleh adanya kontrak yang sedia ada, ia tidak boleh dilaksanakan serta-merta.

Selepas ini bolehlah kita berjimat! Sumber: NST

Untuk menambah nilai kad Touch n’ Go anda pun anda akan dikenakan surcaj, iaitu sebanyak 50 sen. Tetapi menurut Chieng Jen, kini ada 2,880 lokasi di seluruh Malaysia yang sudahpun memansuhkan surcaj ini. Mereka termasuklah kaunter servis Touch n’ Go, serta cawangan Watsons, Tesco, Guardian, KK Mart dan Caring Pharmacy.

Apabila ditanya, Chieng Jen berkata surcaj ini bukannya dilaksanakan oleh Touch n’ Go tetapi syarikat kontraktor yang menggunakan servis itu sendiri.

Jadi, lepas ini, bolehlah kita berjimat!

Ad Ops