Categories: Trending

Syafeek & Zazo Juara Lagu Cinta Kita 3, Bawa Pulang Wang Tunai RM50,000

Menewaskan tiga pasangan lain, Syafeek & Zazo berjaya merebut gelaran juara program Lagu Cinta Kita musim ke-3 (LCK3) dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000.

Membawakan lagu Akhirnya Kini Pasti nyanyian asal Anita Sarawak dan single baharu berjudul Bagai Cahaya, persembahan Syafeek & Zazo memukau juri tetap, Mas Idayu dan Ajai serta juri jemputan, Hael Husaini.

Hariz & Wanie yang membawakan lagu Akan Ku Tunggu nyanyian asal kumpulan Candy dan single baharu berjudul Seribu Gundah berjaya meraih tempat naib juara dan membawa pulang hadiah bernilai RM30,000.

Tempat ketiga menjadi milik Pasya & Puteri yang membawakan lagu Kejoraku Bersatu oleh Search dan lagu baharu berjudul Cinta Sejati Aku. Mereka membawa pulang hadiah berjumlah RM20,000.

Peserta wildcard, Achik & Maria yang menyampaikan lagu Jangan Pisahkan oleh Deddy Dorres & Mayangsari serta lagu baharu bertajuk Pertahan Cinta berjaya menempatkan diri di tempat keempat dan membawa pulang wang tunai bernilai RM15,000.

Dihoskan oleh Ain Edruce dan Sean Lee (menggantikan Kamal Adli yang menunaikan Umrah), penonton dihiburkan dengan persembahan jemputan daripada Aina Abdul dan Hael Husaini.

Tonton semula konsert akhir LCK3 di YouTube TV3MALAYSIA Official!

Padin