“Kenapa Siap Tidur Dekat Situ?”- Berkhemah & Berjaga Di Kubur, Rupa-Rupanya…

Satu video di TikTok yang menunjukkan tiga orang individu sedang duduk dan berbaring di sebelah sebuah kubur telah menimbulkan pelbagai pertanyaan netizen.

Video yang dimuat naik oleh @oreo_bamban itu disertakan kapsyen, “Jaga mental kalian walaupun bulu kuduk sudah merinding.”

Video yang berasal dari Indonesia itu mempamerkan pusara yang masih baru berada di dalam sebuah khemah besar dan terdapat tiga orang individu yang sedang berehat dipercayai menjaga kubur tersebut.

Keadaan yang ditunjukkan seperti terdapat aktiviti perkhemahan kerana terdapat kipas, tikar getah serta bungkusan makanan dan minuman dalam khemah tersebut.

Situasi yang jarang dilihat ini menimbulkan pelbagai perbincangan oleh warganet di ruangan komen.

Ramai yang mendakwa individu-individu itu sedang menjaga kubur terbabit dari sebarang kejadian yang tidak diingini.

“Itu biasanya anak bayi yang baru meninggal dijaga begitu sampai tujuh hari supaya orang yang berilmu santet / sihir tidak mengambil arwah bayi yang dijadikan azimat,” tulis @pucasibento.

“Mereka buat macam ni untuk elak dari manusia yang khurafat nak ambil peluang dekat mayat baru dikuburkan. Sebenarnya, kisah ini benar. Kalau tak percaya tengoklah,” komen @Shaafirah.

“Dekat kampung saya sampai sekarang kena jaga siapa sahaja yang meninggal selama 10 hari. Pernah dengar minyak dagu tali pocong tengok-tengok mayat atas kubur,” komen @ikhsanhana.

Difahamkan di Kota Belud, Sabah juga terdapat aktiviti menjaga kubur.

“Dekat Kota Belud selalu jaga tujuh hari takut kena ambil orang khurafat buat kerja dia,” komen @qairaalisya_

Arfah