Categories: Trending

Syarat Layak & Cara Mohon Bantuan RM3,000 Secara One-Off Buat Syarikat Pengendali Pelancongan

Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia (MOTAC) di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi (PEMERKASA) sedia membantu dan meringankan beban yang dihadapi oleh Syarikat Pengendali Pelancongan Berlesen dalam menghadapi krisis COVID-19.

Justeru bantuan bernilai RM3,000 akan diberikan secara One-off kepada mana-mana syarikat pengendali pelancongan ATAU Malaysia My Second Home (MM2H) yang terpilih.

Menurut MOTAC, bantuan ini dapat memanfaatkan sebanyak 697 buah syarikat dan menyeru syarikat MM2H yang berlesen segera mengemukakan permohonan bantuan yang ditawarkan.

Syarat layak memohon

Antara syarat kelayakan memohon bantuan ini adalah seperti berikut;

  • Hanya syarikat MM2H yang layak dan mempunyai lesen Pengendalian Pelancongan Dalam Negeri (Inbound) di bawah MOTAC layak menerima bantuan kewangan ini
  • Hanya pemegang lesen yang masih sah berkuatkuasa dengan MOTAC semasa permohonan dibuat layak menerima bantuan
  • Lesen perniagaan pengendalian pelancongan MM2H yang telah tamat tempoh sah laku pada ATAU selepas 1 Januari 2020 dan telah mengemukakan permohonan pembaharuan lesen beserta bayaran fi proses sebelum ATAU pada 15 ogos 2021 berdasarkan Garis Panduan Pembaharuan Lesen sedia ada layak menerima bantuan
  • Lesen pengendalian pelancongan dalam negeri MM2H yang telah tamat tempoh sah laku sebelum ATAU pada 31 Disember 2019 dan telah mengemukakan permohonana pembaharuan lesen dalam tempoh pelaksanaan PEMERKASA 2021 (16 Mac hingga 5 Ogos 2021) TIDAK lAYAK dipertimbangkan menerima bantuan kewangan ini
  • Mana-mana syarikat pengendali pelancongan  yang mempunyai kompaun tertunggak yang dikeluarkan oleh MOTAC layak untuk menerima bantuan
  • MM2H yang layak menerima bantuan ini PERLU mengemukakan borang PEMERKASA MM2H secara dalam talian
  • Pemberian bantuan RM3,000 secara one-off ini hanya akan diberikan kepada lesen ibu pejabat sahaja
  • Tarikh tutup  permohonan yang ditetapkan adalah pada 31 Ogos 2021. Sebarang permohonan dari tarikh berkenaan tidak akan dipertimbangkan

Cara Mohon MM2H

Permohonan mestilah dihantar selewat-lewatnya pada 31 Ogos 2021. Pemohon juga diminta untuk memastikan butiran adalah lengkap dan betul.

Berikut merupakan borang yang wajib diisi oleh pemohon.

  1. Borang-Pemerkasa-MM2H
  2. Senarai-Semak-Borang-Pemerkasa-MM2H

Borang yang lengkap dengan butiran peribadi dan dokumen yang diperlukan mestilah dihantar dengan memuat naik pada Borang Permohonan Atas Talian.

Senarai Direktori Pegawai Pejabat MOTAC

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan bantuan kewangan yang ditawarkan boleh lah terus layari portal rasmi MOTAC ATAU hubungi talian di bawah;

Untuk makluman, tarikh tutup permohonan telah ditetapkan pada 31 Ogos 2021 dan sebarang permohonan yang dikemukakan selepas tarikh tersebut TIDAK akan dilayan.

Tempoh masa yang diambil bagi proses pelaksanaan penyaluran bantuan kewangan ini adalah bergantung kepada kesempurnaan maklumat dan data yang diperolehi daripada Syarikat MM2H. Oleh yang demikian, ketepatan maklumat adalah sangat penting bagi memudah serta melicinkan proses ini.

 

Sumbe : MOTAC

Salma Syahbuddin