Sumbangan 415, 000 Dos AstraZeneca Diterima Hari Pertama

Kerajaan hari ini menerima sejumlah 415,000 dos vaksin AstraZeneca sumbangan dari Kerajaan United Kingdom yang bakal digunakan sebagai dos vaksin pertama.

Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakarsumbangan berkenaan akan diedar ke seluruh negara dalam kadar segera.

“Ini adalah dos pertama dan kita bakal menerima satu lagi penghantaran vaksin … kerajaan Malaysia akan mendapat lebih 500,000 dos AstraZeneca pada akhir Ogos dan akan digunakan sebagai dos kedua,” katanya.

“Kita masih menunggu tarikh penghantaran dan saya diberitahu wakil AZ, kita dijangka menerimanya pada akhir Ogos,” tambahnya.

Khairy berkata demikian ketika ditemudi di Program Program Ketibaan Vaksin COVID-19 sumbangan United Kingdom di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini pada Selasa.

Sumber:AWANI

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”