Categories: Trending

Syarikat Keluar Produk Kosmetik Mengandungi Bahan Terlarang Dikenakan Kompaun

Kementerian Kesihatan sedang pertimbang untuk mewartakan tindakan kompaun terhadap syarikat yang mengeluarkan produk kosmetik mengandungi bahan terlarang seperti merkuri dan hidrokuinon.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata perkara itu dijangka dilaksanakan pada awal atau suku pertama tahun hadapan di bawah tindakan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

”Kadar kompaun sedang dipertimbangkan dan akan diisytihar kemudian,” katanya kepada sumber di lobi Parlimen, hari ini.

Dzulkefly berkata tindakan kompaun turut akan dikenakan terhadap iklan kosmetik yang tidak mematuhi garis panduan serta pemasaran produk yang tidak mengikut ciri-ciri pelabelan.

Selain itu, produk kosmetik dengan pengisytiharan palsu turut akan dikenakan tindakan.

Menurut beliau, langkah menyenaraihitam jenama produk akan diteruskan agar ia tidak lagi dijual sama ada secara atas talian atau di pasaran.

Kementerian turut pertimbang usaha ke arah mewujudkan Amalan Pengilangan Terbaik.

Sumber : Bernama

SGMS Enal