Categories: Trending

Tabung COVID-19 Bakal Digunakan Untuk Tampung Kos Bawa Pulang Rakyat Malaysia Yang Terkandas

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri berkata, tabung COVD-19 akan diperluaskan fungsinya bagi disalurkan untuk menampung kos bawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara.

Hal ini berikutan kebimbangan kerajaan akan keadaan kesihatan di beberapa negara yang dikelaskan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai negara kritikal.

“Mesyuarat hari ini telah meminta Wisma Putra mengemukakan perancangan beserta kos bagi proses repatriasi atau membawa pulang rakyat kita yang terkandas,” katanya dalam sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini.

Menurut beliau lagi Mesyuarat Khas juga bersetuju untuk mencadangkan tabung tersebut yang di bawah seliaan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) diperluaskan bagi tujuan tersebut.

“Dulu kita fokus dalam negara, seperti tabung pengedaran bakul makanan dan lain-lain, sekarang kita mencadangkan Tabung COVID-19 ini diperluaskan supaya digunakan untuk membawa pulang rakyat kita yang terkandas, terutamanya di negara-negara berisiko tinggi,” jelasnya

Orang awam juga diseru untuk menyalurkan sumbangan ke Tabung COVID-19 bagi bersama-sama kerajaan menjalankan usaha tersebut

Aisyah Badrul

Shes got a 70s head but shes a modern lover