Categories: Trending

Laporan Al Jazeera Dianggap Mengelirukan Dan Membuta Tuli – Ismail Sabri

Tidak betul!

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri dalam ucapannya pada sidang media harian di Putrajaya hari ini menganggap, laporan yang tular di media sosial khasnya berkaitan laporan Al-Jazeera mengenai cara Malaysia menangani krisis Covid-19 ini adalah sebagai tidak baik.

Tuduhan Al Jazeera, yang menganggap Malaysia menindas warga asing dan mempersoalkan kredibiliti Malaysia ini ternyata adalah tuduhan membuta tuli.

” Saya lihat video tersebut. Dan tuduhan itu sangat tidak baik, membuta tuli , dan mengelirukan dengan fakta yang tidak jelas”

Menurut Ismail Sabri, ianya bermula ketika PKPD tangkapan dibuat di Selangor Mansion. Malah, PATI, warga asing yang mempunyai dokumen dan rakyat Malaysia dikurung dikawasan tersebut bagi mengawal penularan wabak tersebut.

Bukan itu sahaja, kawasan di Hulu Langat juga turut dikenakan PKPD dengan tujuan yang sama iaitu memutuskan penularan Covid-19.

Datuk Seri Ismail Sabri juga menjawab tuduhan Al-Jazeera mengenai PATI yang dikurung. Malah, beliau sendiri dilihat mencabar pihak Al-Jazeera untuk mengemukakan bukti bahawa negara manakah yang memberi kebebasan mutlak kepada warga asing yang tidak berdokumen.

Bagaimanapun, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa memberi sokongan kepada kerajaan.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai laporan sidang media harian dari MKN, bolehlah tonton video dibawah okay!

Salma Syahbuddin