Categories: Trending

Varian Terbaharu Covid-19 Ditemui, Ianya Lebih Kuat Dan Mudah Berjangkit

Walaupun negara kita sudah menunjukkan jumlah kumulatif kes Covid-19 yang semakin baik namun itu bukan lah punca wabak ini sudah habis atau tiada.

Terbaharu, kajian saintifik telah menemui bukti kukuh terdapat varian terbaharu virus Covid-19 dan ianya telah tersebar dari Eropah ke Amerika Syarikat.

Mutasi baharu itu menjadikan virus berkenaan lebih mudah berjangkit tetapi tidak memberi kesan lebih teruk kepada mereka yang dijangkiti.

” Sekarang, inilah bentuk dominan yang menjangkiti pesakit” Kata jurucakap Erica Ollmann kepada CNN.

Virus ini lebih kuat

Sumber : Google

Pasukan itu tidak hanya membuat kajian berkaitan urutan genetik, tetapi juga eksperimen yang melibatkan manusia, haiwan dan sel yang menunjukkan versi mutasi itu mudah ditemui dan lebih mudah berjangkit.

” Virus ini lebih kuat. Sekali pandang, ia tidak nampak seperti berbahaya,” kata Saphire.

Dikenali sebagai G614

Sumber : Google

Mutasi terbaharu itu juga turut mempengaruhi spike protein, ianya struktur yang digunakan virus untuk masuk ke sel yang dijangkiti.

Selain itu, para penyelidik menamakan mutasi baharu itu sebagai G614, dan memaklumkan mereka tidak menemui bukti jangkitan virus itu akan menjadi lebih buruk.

“Kajian semasa menunjukkan varian G614 ini tidak bersifat lebih patogenik,

“Jadi kita masih ada harapan dan keboleh rawatan pesakit masih tinggi walaupun ia semakin mudah berjangkit”

Salma Syahbuddin