Categories: Trending

Tahniah! Kate Middleton Selamat Melahirkan Seorang Lagi Anak Lelaki Bersama Putera William

Setelah lama ditunggu-tunggu, warga negara Britain telah menyambut kelahiran seorang lagi ahli keluarga diraja mereka semalam di London.

Putera kedua bagi pasangan Putera William dan Kate Middleton ini dilahirkan di Hospital St. Mary pada pukul 11 pagi waktu tempatan.

Foto: Tim Rooke/REX/Shutterstock

Kensington Palace mengumumkan bahawa William ada di sisi isterinya ketika itu. Kemudian baru William menjemput dua anak mereka yang lain iaitu Putera George, 5, dan Puteri Charlotte, 3 untuk melawat ibu mereka.

Tengoklah betapa comelnya Charlotte dengan lambaian dirajanya itu! George pula nampak cool, mungkin sebab sebelum ini dia dah pernah menerima kehadiran seorang adik.

Foto: EPA

Anda nak tahu? Kate sebenarnya telah memecah tradisi keluarga diraja terdekat Ratu Elizabeth dengan melahirkan anak ketiga.

Ratu Elizabeth sendiri mempunyai 4 orang anak, iaitu Putera Charles, Puteri Anne, Putera Andrew dan Putera Edward.

Mereka semua hanya mempunyai 2 anak seorang bagi mengamalkan tradisi “seorang waris dan seorang pengganti” ini.

Tetapi dengan adanya kelahiran anak ketiga Kate dan William, tradisi yang sudah bertahan selama 58 tahun ini tiada lagi.

Foto: Reuters

Ketika menemui rakyat jelata sebelum pulang ke Istana Kensington, Kate nampak segar dan berseri, macam dia bukan baru saja melahirkan anak! Dia mengenakan dress simple tapi comel oleh Jenny Packham dan sepasang kasut tumit tinggi suede. William pula tersenyum girang di sampingnya.

Sekarang ini kita hanya perlu tunggu untuk ketahui apa nama putera terbaru yang seberat 3.8 kilogram ini. Dulu William dan Kate hanya mengambil masa dua hari sebelum mereka mengumumkan nama-nama George dan Charlotte.

Hmm, agaknya apa nama yang akan diberikan? Mesti old-school tapi classy. Mungkin Arthur, James atau Edward?

Sumber: Hello Magazine, Time

Ad Ops