Categories: Trending

Tahniah… Tasha Shilla Hamil 5 Bulan!

Pelakon Tasha Shilla berkongsi berita gembira yang dia kini sedang hamil lima bulan.

Pemilik nama penuh Natasha Sheila Abdul Razak, 33, itu mendedahkan perkara terbabit menerusi sebuah hantaran terbaru di laman Instagram miliknya.

“Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan-rakan, sahabat dan keluarga tercinta.

“Syukur Alhamdulillah Tasha dan Atiq ingin membuat pengumuman rasmi mengenai kehamilan saya yang kini berusia lima bulan,” tulisnya.

Pelakon drama bersiri Tentang Dhia ini berkongsi foto yang menampakkan penampilan terkini dirinya serta memohon doa agar proses kehamilan sulungnya dipermudahkan.

“Saya memohon anda semua doakan yang baik-baik supaya bayi di dalam kandungan dikurniakan kesihatan yang baik dan selamat hingga ke hari kelahiran dan hari-hari selanjutnya, insya-Allah.

“Jujurnya, saya teramat gembira apabila orang sekeliling dan rakan taulan mendoakan kebahagiaan & kesejahteraan saya sekeluarga.

“Dikesempatan ini Tasha ingin ucapkan semoga kalian dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur serta dipermudahkan segala urusan,” tulisnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Tasha Shilla Kahwin, Suami Harap Isteri Dapat Jaga Adab & Solat

ARTIKEL BERKAITAN: [FOTO] Tahniah! Tasha Shilla Sah Bergelar Isteri Kepada Atiq Idris

Tasha selamat mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Muhammad Atiq Idris, 33, pada 28 Februari lalu.

Tasha dan suami dinikahkan oleh bapanya, Abdul Razak Razali di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Padin