Categories: Trending

“Dia Muntah-Muntah, Wajahnya Dipenuhi Darah” – Akui Kena Halau Rumah Sewa, Uji Rashid Dedah Cerita Sebenar Cico Harahap

Penyanyi veteran popular, Uji Rashid akhirnya membuka mulut membuat pendedahan eksklusif mengenai kisah malang yang ditanggung oleh anaknya, pelakon Cico Harahap.

Setelah menyimpan rahsia selama tiga tahun dan tidak mendedahkan penderitaan kepada mana-mana pihak, Uji meluahkan rasa hatinya kepada penceramah terkenal yang juga pakar mata, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad menerusi program Telekung Talk.

ARTIKEL BERKAITAN: Uji Rashid Sedih Berita Diusir Jadi Tular

ARTIKEL BERKAITAN: Uji Rashid Baru Kenal Siapa ‘Makcik Bawang’!

Program yang merungkai topik ‘Jawapan atau Ujian?’ itu bersiaran selama sejam di platform Facebook Muhayya Momentum dan serentak di akaun peribadi Muhaya semalam.

Cico disihir sekumpulan kawan!

Penyanyi itu mengesahkan bahawa Cico bukanlah disihir, sebaliknya telah diracun oleh sekumpulan kawan ketika menghadiri sebuah majlis hari jadi tidak lama dulu.

“Buat pertama kali saya mendedahkan perkara ini secara terbuka. Terdapat pelbagai versi cerita dan desas- desus mengenai keadaan anak saya.

“Sebenarnya, Cico bukanlah disihir tetapi diracun oleh rakan-rakannya. Menurut doktor beberapa jenis racun telah dicampur ke dalam gelas minumannya.

“Racun yang diberi itu sebenarnya boleh membunuh dalam masa empat jam, tetapi dengan kuasa Allah SWT, Cico masih diberikan umur yang panjang sampai hari ini,” katanya.

Cico ada masalah pertuturan, tak mampu membaca dan menulis dengan sempurna.

Tambah Uji lagi, melalui cerita yang disampaikan kepadanya, Cico rebah sebaik minum minuman itu serta ditinggalkan tanpa bantuan dan sehingga kini, beliau tidak tahu siapa yang menghantar anaknya pulang ke rumah.

“Saya masih ingat Cico muntah-muntah dan wajahnya dipenuhi darah. Berhari-hari dia terlantar sakit di atas katil. Masa itu saya hanya berserah dan memohon petunjuk daripada Allah SWT. 

“Satu hari Cico bangun tetapi dia hanya diam apabila ditanya. Dia tidak kenal saya mahupun anaknya sendiri. Bila ditanya doktor siapa nama, dia jawab Pikee.

“Saya difahamkan racun itu memberikan kesan terhadap otak, organ dalaman dan kotak suaranya. Walau apapun, saya bersyukur Cico sudah semakin pulih, meskipun dia kini mengalami masalah pertuturan, tidak lagi mampu membaca dan menulis dengan baik,” katanya.

Kena halau dari rumah sewa, duduk hotel bajet berbulan-bulan.

Sepanjang tiga tahun mendedikasikan hidup untuk memastikan Cico sembuh, banyak perkara memilukan terjadi. Cico tidak lagi mampu bekerja dan Uji sendiri terpaksa menolak tawaran menyanyi kerana terpaksa menjaga Cico.

“Hidup kami memang susah, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Saya, Cico dan cucu, Rindu, pernah di halau dari rumah sewa dalam keadaan sehelai sepinggang. Kami terpaksa menginap di hotel bajet selama berbulan-bulan.

“Namun ada seorang peminat yang baik hati memberi kami tempat berteduh. Bagaimanapun tahun lalu, atas bantuan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, kami ditempatkan di Projek Perumahan Rakyat (PPR),” katanya.

Program Telekung Talk yang dikendalikan oleh pengacara Abu Talib Husin diperkenalkan semenjak tiga tahun lalu dan pernah menampilkan selebriti popular seperti Neelofa, Lisa Surihani dan Fazura.

Bagaimanapun edisi Telekung Talk kali ini cukup istimewa kerana ia diadakan bersempena pembukaan butik serta koleksi baharu Muhayya Magical yang bakal dilancarkan secara rasmi pada 2 Januari 2021 menerusi www.muhayyamagical.com

Pada majlis sama, satu kejutan majlis ulang tahun ke-12 puteri tunggal Cico Nur Fitrah turut diadakan.

Padin