Categories: Trending

Tak Bermusuh & Cemburu, Wanita Ini ‘Sporting’ Bantu Pasang Pelamin Untuk Suami…Dah Anggap Madu Macam Adik Sendiri!

Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial seorang wanita yang berkongsi videonya memasang pelamin majlis persandingan suami, Amerul Azizon dan madu, Nurul Nadzirah Syamsudin pada Sabtu lalu.

Video tersebut dihujani pujian positif daripada netizen.

Menurut Syazwani, dia menerima kehadiran madu dengan berlapang dada.

“Saya buang rasa sakit dan cemburu. Saya berlapang dada menerima keputusan suami serta madu yang kini dianggap seperti ahli keluarga sendiri kerana saya fikir kita semua ada kekurangan dan kelebihan,” luahnya.

Akui sikap suaminya yang adil dan tak pernah memilih kasih antara dia dan madunya, dia berdamai dengan takdir biarpun pada awalnya agak sukar menelan hakikat yang sebenar.

Memetik laporan Harian Metro, suami Syazwani, Amerul dan Nurul Nadzirah bernikah pada Ogos tahun lalu dan Syazwani memberikan kebenaran dan memasang pelamin sebagai kenangan perkahwinan kedua buat suami sebelum berkongsi video itu di akaun TikToknya.

Syazwani berkata, perasaan marah mula beransur hilang dan tanpa disedari dia juga menyayangi madunya yang sudah dianggap seperti adik dan ahli keluarga sendiri.

“Selepas mereka berkahwin saya cuba lapangkan dada untuk terima semua itu kerana saya fikir mungkin perkahwinan itu akan melengkapkan kekurangan saya lagipun suami bukan milik saya seorang dan dia juga adalah pinjaman Allah SWT saja.

“Hubungan saya dan madu semakin baik sejak November lalu, malah madu juga menghormati saya sebagai isteri pertama.

“Saya pula tidak mahu bergaduh kerana semua itu akan beri kesan kepada kehidupan, rezeki dan suami yang pastinya akan pening kepala,” katanya.

Syazwani mendedahkan bahawa dia dan suaminya tidak dikurniakan rezeki untuk mendapatkan zuriat, justeru, dia terbuka untuk suaminya berkahwin.

Sumber : Harian Metro

Syamir Shafie