Categories: Trending

“Tak Rasa S*ksi Pun, Itu Gaya Pemakaian Setiap Hari” – Elizabeth Tan

Penyanyi Elizabeth Tan, 27, menjelaskan cara penampilannya yang sering dipaparkan di laman sosial adalah pakaian hariannya.

Tidak menganggap ia seksi, pelantun lagu Semua Sudah ini turut menafikan dia sengaja menggayakan pakaian singkat semata-mata memancing perhatian ramai kerana kemaruk dengan komen ‘nakal’ netizen, lapor Harian Metro.

“Saya tak rasa seksi pun kerana itu gaya pemakaian setiap hari. Saya tak sengaja pun berpakaian begitu.

“Kalau bandingkan dengan sebangsa saya yang lain, ramai lagi berpakaian jauh lebih seksi. Jadi tiada keperluan untuk saya ambil kisah mengenai tanggapan seksi itu,” katanya.

Tambah pelakon filem Misteri Dilaila ini, dia juga tidak kisah sekiranya ramai mengikuti dirinya di laman Instagram hanya kerana penampilan sebegitu malah jauh sekali terkesan dengan komen nakal netizen terutama kaum lelaki.

“Saya gembira dengan sokongan siapa pun peminat saya tanpa peduli apa alasan mereka. Walaupun saya sudah berkahwin, tidak ada apa pun yang berubah mengenai diri saya.

“Suami baca komen mereka pun tak peduli sangat. Bahkan, dia cuma gelak saja,” katanya.

Terdahulu, penyanyi lagu Knock Knock ini pernah menepis dakwaan segelintir pihak yang mengatakan dirinya kerap memuat naik gambar berpakaian seksi hingga mengundang komen lucah dari pengikut di media sosial.

Bahkan, dia percaya sekiranya benar gambar dikongsinya lucah, sudah lama akaun media sosialnya disekat sebab peraturan Instagram atau Facebook memang tiada ruang untuk kandungan lucah.

Sumber: Harian Metro

Padin