Categories: Trending

Body Goals! Cantiknya Heroin Filem Radhe Ni… Jom Kenali Disha Patani!

Disha Patani merupakan seorang aktres Bollywood yang sedang giat mencipta nama di persada perfileman.

Memulakan kerjaya pada tahun 2015, bintang cantik itu semakin dikenali dengan bakat lakonan serta susuk tubuh badan yang menawan.

Filem lakonan Disha berjudul Radhe: Your Most Wanted Bhai sini sedang hangat ditayangkan di tonton CINEMA!

Bergandingan dengan Salman Khan, jom kita kenali Disha:

#1 Dilahirkan pada 13 Jun, wanita ini bakal menyambut hari lahir ke-29 esok!

#2 Memulakan langkah dalam bidang lakonan pada tahun 2015, Disha membintangi filem Telugu pertamanya yang berjudul Loafer disamping Varun Tej.

#3 Selepas dikenali menerusi Loafer, Disha mula menapak dalam bidang perfileman Bollywood pada tahun berikutnya. Wanita anggun ini membintangi filem biopik berkisarkan mengenai sukan olahraga berjudul M.S. Dhoni: The Untold Story.

#4 Selepas itu, nama Disha terus menjadi sebutan kerana membintangi filem-filem terkenal seperti Baaghi 2 (2018) dan Bharat (2019).

#5 Jangan tak tahu, Disha merupakan seorang wanita yang menjaga penampilan dirinya dan suka menghabiskan masa di gimnasium! Mempunyai penampilan yang fit, tak hairanlah jika ramai menyifatkan susuk tubuh Disha sebagai ‘body goals’!

Apa lagi, jangan lupa saksikan filem Bollywood terbaru berjudul Radhe: Your Most Wanted Bhai kini bersiaran di tonton CINEMA bermula 3 Jun lalu!

Filem yang ditunggu-tunggu ramai ini dibawakan MSK Film Production Sdn Bhd dan KS Movie Sdn Bhd dengan kolaborasi Zee Studios.

Salman Khan bukan saja menjadi hero dalam filem penuh aksi itu tetapi dia bertindak sebagai produser bersama Sohail Khan dan Atul Agnihotri.

Bagi peminat yang menantikan tayangan filem Radhe: Your Most Wanted Bhai, ia ditayangkan menerusi platform tonton CINEMA (cinema.tonton.com.my) bermula 3 Jun 2021.

Layari web https://cinema.tonton.com.my/ atau muat turun aplikasi tonton di App Store & Play Store!

Padin