Categories: Trending

Tangan Lelaki Ini Melepuh Selepas 12 Jam Makan Sushi, Akhirnya Terpaksa Dipotong

Baru-baru ini, lengan seorang lelaki warga emas terpaksa dipotong akibat mereput disebabkan dia makan sushi.

Lelaki berusia 71 tahun dari Korea Selatan itu dijangkiti bakteria yang berpotensi mematikan kulit sehingga menyebabkan lepuh.

Kulit tangannya bertukar kehitaman selepas 12 jam menikmati makanan mentah popular dari Jepun itu.

Foto: OhHangat

Untuk pengetahuan anda, jangkitan bakteria yang dialami lelaki tersebut amat kritikal sehingga menyebabkan tangannya terpaksa dipotong 25 hari kemudian.

Pasukan perubatan mengeringkan lepuh pada tapak tangannya sebelum memutuskan tangannya tidak dapat diselamatkan kerana kulitnya sudah mula mereput.

Foto: Siakap Keli

Menurut doktor, lelaki tersebut telah dijangkiti vibriosis yang berpunca daripada bakteria vibrio vulnificus. Malah, lelaki tersebut turut menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan buang pinggang. 

Selain itu, ulser di tangannya telah menyebabkan nekrosis iaitu kematian tisu hidup yang boleh merebak dan menyebabkan kecederaan kekal.

Doktor terpaksa memotong lengan kirinya untuk menghalang tisu yang mereput daripada merebak ke bahagian lain. Selepas pemotongan dan pembedahan lengan dilakukan, lelaki tersebut beransur pulih dan dibenarkan pulang. 

Jadi, kepada anda yang gemar makan sushi, lepas ini lebih berhati-hati ya!

Sumber: mStar

tex_admin