Whoops…Ini Tanda Kamu Sedang ‘Date A Playboy’

Tidak semua beruntung memiliki kekasih hati yang penyayang, setia dan baik. Ada yang wajah handsome tetapi hati busuk dan ada pula wajah biasa sahaja tetapi hati baik. Semuanya bergantung pada nasib bak kata pepatah ‘don’t judge the book by its cover’. Ada caranya untuk mengenali ciri-ciri lelaki playboy . Ini dikongsikan untuk anda ye 

Peramah

Watak sebegini memang diminati oleh wanita. Mudah bergaul dan cukup peramah terutama anda yang cantik dan mempunyai karier yang mantap. 

Perwatakan Menarik 

Berperwatakan menarik dari segi penampilan diri. Ini tidak semestinya handsome atau tampan tapi keterampilan itu menjadikan ianya tertarik

Alasan Demi Alasan

Bila hati sudah mula tertarik pada si dia, mulalah alasan demi alasan diberi seperti sibuk dan sebagainya bila anda cuba menghubungi. Lebih suka menghubungi anda dari disebaliknya

Lebih ‘Caring’

Mesej dan call antara cara untuk menambat hati dimana ada saja isu atau cerita untuk disembangkan berjam-jam terutama sekali bila dilanda kesepian

Ayat ‘Manis’

Haa…ni memang ramai yang terkena bukan? Selalu bermain dengan ayat-atar manis agar nampak cool dan menarik. Jarang membahaskan perkara yang berkaitan dengan komitmen mahupun masa hadapan 

Teman Wanita Ramai

Dah nama playboy pasti teman wanita ramai – keliling pinggang kot! Memandangkan kebanyakannya dalam kategori handsome, charming dan peramah kan? Pasti tidak akan mempamerkan secara terangan sikap penggoda itu, walaupun sebenarnya seorang pemikat.

Apabila anda sudah mula menunjukkan keseriusan dalam hubungan, mulalah cari alasan untuk berpisah hinggakan nampak seperti terhegeh-hegeh mengejar cintanya. Lelaki playboy akan bertukar pasangan tanpa ada perasaan bersalah!

Cuba elakkan perhubungan yang boleh menjerat diri anda sendiri kerana lelaki playboy ini boleh berada dimana -mana sahaja ya!

 

 

 

SGMS Enal