Categories: FeaturedTrending

Tambah Nilai Prabayar Dikenakan SST 6% Mulai Hari Ini. Jangan Terkejut Ya!

Seperti yang kita ketahui, bermula 1 September 2018 iaitu hari ini, sales service tax atau lebih dikenali dengan nama SST bakal mula berkuatkuasa di Malaysia. Antara servis atau pembelian yang dikenakan cukai termasuklah penambahan nilai prabayar.

Berdasarkan laporan, perkhidmatan prabayar tertakluk di bawah cukai SST dengan jumlah sebanyak 6% yang secara tidak langsung bakal memberi kesan kepada pengguna prabayar di Malaysia.

Kalau sebelum ini anda menambah nilai akan dapat keseluruhannya, tapi mulai hari ini setiap penambahan kredit akan terus ditolak kepada 6%.

Contohnya, sekiranya anda menambah nilai sebanyak RM10, jumlah baki yang bakal dikreditkan kedalam telefon pintar anda adalah sebanyak RM9.43 di mana RM0.57 dikira cukai SST. Berikut merupakan contoh jumlah yang bakal diterima pengguna daripada Celcom (Xpax). 

Foto: The Vocket

Kalau sebelum ini, pengenalan cukai tambah nilai prabayar ini diperkenalkan ketika GST diperkenalkan, namun ia ditangguhkan atas desakan pengguna. Tapi, hari ini (1 September 2018) ia kembali dikuatkuasakan.

Jadi, jangan terkejut kalau penambahan nilai prabayar anda kurang ya!

Sumber: The Vocket & Astro Awani

tex_admin