Categories: Trending

Tanpa Dendam Di Hati… Thalia Baiduri Anggap Pertemuan Semula Dengan Bapa Selepas 30 Tahun Terpisah Sebagai Kurniaan Terhebat

Pelakon Datin Thalia Baiduri menyifatkan rezeki bertemu semula dengan bapanya setelah 30 tahun terpisah menjadi satu kurniaan sangat besar dalam hidup.

Lantaran sejak mendapat semula hak bertemu dan memangil bapa pada Januari lalu, usahawan selebriti yang pernah membintangi drama Cinta Dalam Hati bergandingan bersama Remy Ishak ini mahu terus berbakti kepada bapanya.

“Alhamdulillah, Ramadan kali ini saya dapat cium tangan papa dan jumpa dia sebelum kita berpuasa.

“Bagi saya sebagai anak sementara kita ada peluang lebih baik jangan buang masa dan gunakan sebaik mungkin,” katanya yang mesra disapa Bunda Lia.

@thaliabaiduri hubungan kami semakin hari semakin baik alhamdulillah. Datang melawat papa sebelum puasa 🤍 #fyp #talia #dollymilk #datinthaliabaiduri #putihkankulitmuseputihhatimu #ladybosstalia #susuputihtalia ♬ original sound – LAFF – LFD EMPIRE

Pertemuan dengan papanya ditemani adik Dayana dikongsi di laman TikTok miliknya dan mendapat respons baik daripada pengikutnya.

Akui Thalia, beliau tidak langsung menyimpan dendam atas apa yang berlaku dan meskipun terpisah lebih 30 tahun sebaliknya menganggap ia takdir yang tertulis.

Wanita ini melahirkan rasa syukur kerana masih diberi peluang berjumpa dengan figura seorang bapa di saat masing-masing masih bernyawa.

“Tidak perlu ada rasa dendam apa yang berlaku biarkan berlalu, kita anak-anak kena berusaha berbakti kepada orang tua kita.

“Bila jumpa papa, nampak senyuman papa juga sudah buat hati saya lega dan tenang,” katanya yang mengusahakan perniagaan produk kecantikan Dolly Milk dan fesyen jenama Talia.

Bercerita lanjut, Thalia mengakui kerap berhubung dengan bapanya selepas peremuan semula Januari lalu dan sering bertanya khabar.

Pelakon ini berkata, walau sibuk jangan abaikan ibu bapa sementara mereka masih ada.

“Doa ibu bapa dan peluang melihat mereka adalah satu anugerah paling mahal bagi setiap anak. Jangan sia-siakan,” katanya.

Padin