Categories: SelebritiTrending

Kertas Siasatan Kes Tangkap Khalwat Ruhainies & Aliff Aziz Telah Diserahkan Pada Pihak Pendakwaan

Kertas siasatan berhubung tangkapan khalwat melibatkan pasangan pelakon Ruhainies dan Aliff Aziz telah diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan seterusnya semalam.

Memetik laporan Harian Metro, pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Mohd Ajib Ismail menyatakan proses selanjutnya adalah pendakwaan terhadap dua pelakon tersebut.

“Jawi melalui Bahagian Penguatkuasaan sudah pun melengkapkan kertas siasatan berhubung kes itu dan dipanjangkan ke Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (Japens) untuk tindakan lanjut. Tindakan dibuat adalah mengikut undang-undang,” katanya kepada Harian Metro.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa pihak JAWI tidak akan berkompromi mengenai isu tangkap khalwat Ruhainies dan Aliff Aziz.

Artikel Berkaitan: Kes Tangkap Basah Ruhainies, Aliff Aziz… JAWI Tak Lengahkan Siasatan

Artikel Berkaitan: 3 Jam JAWI Tunggu Aliff Aziz Buka Pintu

Sumber: Harian Metro

Atiqah Johari