Categories: Trending

Tayang Baby Bump, Fizi Ali & Isteri Bakal Timang Anak

Penyampai radio Fizi Ali dan isterinya, Siti Zulaikha tampil mempamerkan ‘baby bump’ sekali gus mengumumkan mereka bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Berita gembira itu telah dimaklumkan oleh pasangan tersebut menerusi sebuah hantaran di Instagram, sebentar tadi.

Dalam perkongsian tersebut, Fizi dan Zulaikha kelihatan segak mengenakan baju sedondon yang berona coklat cair sempena ketika beraya.

“My suami, I love you endlessly,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah dihujani dengan ucapan tahniah kepada pasangan itu.

Fatin Nurain