Categories: Trending

Tempoh 7 Tahun Bukan Penghalang, Altimet Kini Bergabung Bersama Pengurus Untuk…

Penyanyi, penulis lagu dan produser, Altimet bersama-sama Yasmeen Zainal iaitu Pengurus Artis di Kartel Records kini berganding bahu dan memulakan syarikat mereka sendiri iaitu SVL TAN Management.

Yasmeen Zainal sebelum ini telah bekerjasama dengan ramai bakat-bakat hiburan. Dan, selama 7 tahun ini, Graduan Multimedia Kreatif tersebut telah
berkali-kali menunjukkan kebolehannya sebagai Produser Eksekutif untuk tiga album Altimet, dua kali sebagai Pengurus Pentas untuk persembahan di Anugerah Juara Lagu dan sebagai Pengurus Jelajah untuk persembahan Altimet di London dan di Amerika Syarikat (AS).

Justeru itu, keputusan bagi gabungan kuasa di belakang kejayaan karier Altimet dan ‘The Last Altimet Show’ yang merupakan konsert terakhir Altimet, dan konsert penuh hip-hop pertama di Malaysia yang menampilkan live band yang  melibatkan 20 artis lain ini adalah keputusan yang mudah berganding bahu dan memulakan syarikat mereka sendiri.

CEO SVL TAN Management, Yasmeen Zainal menyatakan bahawa peranannya sebagai pengurus Altimet adalah penyebab utama dia ingin memulakan syarikat pengurusannya sendiri.

“Ia merupakan peranan 360 darjah yang menyeluruh, meliputi kesemua aspek kariernya, dan amatlah menakjubkan untuk melihat bagaimana ianya berkembang.”
“Pengalaman yang ditimba selama ini, bersama dengan pengetahuannya, adalah apa yang saya harapkan boleh melonjakkan industri ini kepada tahap yang lebih  tinggi,”tambahnya.

Untuk makluman, SVL TAN Management mempunyai barisan lima bakat tempatan di bawah pengurusannya iaitu, Chef Selebriti Sherson Lian, Juruhebah Radio Haniff Hamzah, Penyanyi, Hazama, Saint Kylo dan Altimet sendiri.

Salma Syahbuddin