Categories: Trending

Tempoh Kuarantin Bakal Dipendekkan Selama 10 Hari – KKM

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, pihaknya akan menjalankan ujian saringan ke atas individu yang sedang menjalani kuarantin.

Bagaimanapun, tempoh perintah pengawasan dan pemerhatian ini akan dipertimbangkan terutamanya bagi individu yang sedang menjalani kuarantin buat masa ini.

Ujian saringan akan dijalankan pada hari kelapan dan kesembilan tempoh kuarantin dan sekiranya ujian saringan didapati negatif, bermakna individu tersebut akan dilepaskan pada hari ke-10.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada pengurangan tempoh perintah pengawasan dan pemerhatian bagi pengembara yang baru pulang dari luar negara.

Terdahulu, Malaysia memberi tempoh kuarantin selama 14 hari bagi mana-mana individu yang memasuki negara ini tidak kiralah melalui penerbangan domestik ataupun antarabangsa.

Sumber : BH

Salma Syahbuddin