Categories: Trending

[TERKINI] Mula Hidup Baru! Gelandangan Mula Hadiri Taklimat & Temuduga Kerja

Gelandangan yang diselamatkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini bakal diberi peluang untuk memulakan langkah hidup baharu apabila mereka kini diberikan peluang menghadiri temuduga kerja dan sesi taklimat.

Sumber : Google

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, beliau melahirkan kesyukuran kerana golongan ini menyahut seruan untuk memulakan hidup baru dalam suasana norma kerja baharu.

” Saya amat bersyukur mereka sahut seruan saya untuk memulakan hidup lebih baharu. Semoga dengan berkat Ramadan kita semua beroleh keampunan dan keredhaan Allah S.W.T,” Katanya.

Terdahulu, Tan Sri Annuar Musa yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Wilayah Persekutuan (JKKNWP) juga telah mengeerakkan satu jawatankuasa khas gelandangan yang dianggotai agensi kerajaan seperti Yayasan Kebajikan Negara, Jabatan Tenaga Kerja, Agensi Anti Dadah Kebangsaan serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan dalam usaha memberikan pekerjaan kepada golongan tersebut.

Sumber : Google

Malah, mereka turut berpeluang bertugas sebagai pekerja am Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan gaji harian yang membolehkan mereka menerima kira-kira RM1,200 sebulan.

Dan, mereka juga akan ditawarkan gaji sebanyak RM1,400 beserta elaun yang ditawarkan bagi gelandangan yang diterima bekerja untuk jawatan operator pengeluaran kilang.

Sumber : Google

Kementerian Wilayah Persekutuan juga akan mewujudkan dana khas berjumlah RM1 juta bagi menjaga kebajikan golongan gelandangan di sekitar ibu kota termasuklah, perubatan, perkhidmatan kaunseling, penyediaan kemudahan dan peluang pekerjaan kepada golongan gelandangan dalam usaha Kuala Lumpur dapat dibersihkan.

Sumber : Harian Metro

Salma Syahbuddin