Categories: Trending

TERKINI : Najib Razak Diwakili 7 Peguam Bela

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat bakal diwakili oleh barisan 7 peguam bela yang diketui oleh peguam kanan , Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah. 

Manakala pasukan pendakwa raya yang diketui oleh Peguam Negara, Tommy Thomas pula akan dibantu oleh 11 Timbalan Pendakwa Raya dalam prosiding pendakwaan di Mahkamah Kuala Lumpur pada pagi ini.

Najib dilihat telah dibawa masuk ke dalam Mahkamah Sesyen Jenayah 2, pada jam 8.25 pagi ini sebelum pasukan pendakwaan memasukinya pada jam 8.40 pagi tadi. 

Pasukan Pendakwaan :

  1. Tommy Thomas
  2. Datuk Muhammad Hanafiah Zakaria
  3. Manoj Kurup
  4. Datuk Shuhaimi Ibrahim
  5. Datuk Umar Saifuddin Jaafar
  6. Datuk Ishak Mohd Yusof
  7. Donald Joseph Franklin
  8. Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi
  9. Budiman Lutfi Mohamed
  10. Sulaman Khp Kheng  Fuei
  11. Mohd Ashrof Adrin Kamarul
  12. Muhammad Izzat Fauzan

Pasukan  Peguam Bela Najib : 

  1. Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah
  2. Harvinderjit Singh
  3. Datuk Raj Krishnan
  4. Farhan Read
  5. Rahmat Hazlan
  6. Muhammad Farhan Muhammad Shafee
  7. Syahirah Hanapiah

Kepada yang terlepas untuk menyaksikan rakaman Datuk Seri Najib ketika dibawa masuk ke Mahkamah Sesyen sebentar tadi bolehlah menyaksikan siaran terkini secara eksklusif di youtube TV3 dan perkembangan terkini mengenai bekas Perdana Menteri ini secara Live TV di xtra.com.my

 

Salma Syahbuddin