Categories: FeaturedTrending

“Terpaksa Berada Di Tengah Laut Berjam- Jam, Shooting 50 Hari Tanpa Henti” – Fedtri Yahya Dedah Kesukaran Penggambaran Jejak Rasul

Pengacara Jejak Rasul, Ahmad Fedtri Yahya mengakui berdepan dengan beberapa cabaran sewaktu menjalankan penggambaran di Malaysia buat kali pertama.

“Ini merupakan kali pertama penggambaran di Malaysia dan kami meneroka tujuh negeri iaitu Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Melaka dan Negeri Sembilan jadi ada beberapa tempat yang ditutup contohnya di Muzium kerana pandemik dan sebagainya. Jadi, agak sukar untuk mendapatkan sumber”.

Fedtri turut berdepan dengan cabaran menjalankan penggambaran selama 50 hari tanpa henti bagi siri Jejak Rasul Ulama Pewaris Rasul.

Beliau turut mendedahkan saat sukar yang dihadapi ketika meneruskan penggambaran di negeri Kedah.

“Kami banyak melakukan penggambaran di lokasi seperti sungai dan lembah kerana pada zaman dahulu, ulama datang menerusi jalan laut untuk menyebarkan Islam. Kami terpaksa berada di tengah laut berjam jam”,katanya ketika ditemui di sidang Media Kempen Ramadan Raya.

Jejak Rasul Pewaris Ulama akan membawa para penonton menyelami perjuangan ulama terdahulu dalam menyemarakkan sinar Islam serta meneroka sejarah asal usul tersohor.

Jangan lupa untuk menonton Jejak Rasul pada jam 6.30 petang setiap hari Jumaat-Ahad hanya di TV3.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”