Categories: FeaturedTrending

Khai Bahar Mahu Peminat Mengingati Kematian Menerusi Damba Ketenangan

Penyanyi, Khai Bahar kini tampil berbeza dengan album terbaru berjudul Damba Keterangan menerusi trak Perpisahan.

Damba ketenangan turut memuatkan lima alunan zikir lain seperti seperti Hasbi Rabbi Wa Nabiy, Astagfirullah, Hasbunallah, La Ilaha Illallah dan Ya Zal Jalali Wal Ikram.

Menerusi album ini, penyanyi berusia 27 tahun ini berhasrat mengajak peminat untuk lebih muhasabah diri dan mengingati kematian.

“Kenapa perpisahan? Sebab saya hendak kita semua sentiasa ingat kepada kematian. Bukan sahaja saya yang menyanyikan lagu ini tetapi semua tanpa mengira usia, pangkat, darjat, kedudukan atau status”.

“Saya fikir sebagai manusia biasa pengakhiran kita tetap sama iaitu kematian. Cuma bila dan bagaimana hanya Allah saja yang tahu. Disebabkan itu dalam lagu ini ia memberi peringatan kepada kita. Dalam masa yang sama lagu ini sesuai untuk bulan Ramadan,” katanya ketika ditemui di sidang media pelancaran Damba Ketenangan.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”