Categories: Trending

Teruk Dikritik Sebab Nyanyi Sumbang, Didakwa Seakan Baca Mentera – Cik B Akui Gemuruh Sampai…

Kemunculan pertama selebriti media sosial, Cik B di program Vokal Mania yang berlangsung pada Sabtu lepas ternyata memberi kesan tersendiri.

Mana taknya, rata-rata netizen memberikan komen pedas dan menganggap anak usahawan terkenal Datuk Seri Vida (DSV) ini seakan-akan membaca mantera ketika menyampaikan single terbaharu nya itu.

“Bakat terpendam macam Cik B ni, biar duduk terpendam je..”

Walaupun single terbaharu Cik B kekal di kedudukan nombor tiga carta trending YouTube sejak ia dilancarkan pada awal Disember lalu, namun masih ada netizen yang beranggapan lebih baik Cik B membiarkan sahaja bakat terpendamnya itu terus ‘terpendam’.

Cik B tampil buat pengakuan

Bagaimanapun, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin nampaknya tampil memberi penjelasan terhadap persembahan beliau di pentas Vokal Mania menerusi ciapan terbaharu di Twitter.

Malah Cik B juga sempat ‘menyindir’ netizen yang menganggap kekayaan yang dimiliki menyebabkan beliau mampu untuk buat apa sahaja. 

You do you Cik B!

Walaupun terdapat segelintir netizen yang kurang berpuas hati dengan persembahan Cik B, namun masih ada followers yang menganggap ini suatu permulaan buat Cik B untuk menempa nama dalam industri seni tanah air walaupun masih banyak yang perlu dipelajari oleh beliau.

Apapun, buat netizen di luar sana jangan cepat untuk judge orang lain dan berikan sedikit masa untuk Cik B terus berkarya dan belajar dari kesilapan okay!

Terdahulu, Cik B tampil dengan single terbaharu beliau berjudul Tolonglah yang kini telahpun di tonton sebanyak lebih 3.7 juta tontonan di YouTube. 

Salma Syahbuddin