#ThrowbackXTRA By: Fatin Nurain June 21, 2023 @ 5:30pm

#ThrowbackXTRA: Pernah Cetuskan Beberapa Persembahan Kontroversi, Kini Faizal Tahir Tak Seligat Dahulu

Selepas 17 tahun menceburi bidang industri muzik tanah air, penyanyi Faizal Tahir tampil mengumumkan dirinya bakal mengadakan Konsert Aku Faizal Tahir, di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), pada 2 September ini.

Pernah mencetuskan beberapa persembahan kontroversi suatu ketika dahulu, Faizal mengakui dirinya kini tidak seligat dahulu.

Menerusi segmen #ThrowbackXTRA pada minggu ini, Faizal tampil berkongsi tujuan asalnya menceburi industri muzik tanah air.

Menurut Faizal, dia kini lebih selesa untuk bekerja di belakang tabir sahaja kerana itu sememangnya impiannya dari dahulu sebelum bergelar seorang penyanyi.

“Passion saya lebih kepada songwriting and producing sejak dari dulu lagi. Masa masuk One In A Million dulu tu pun saya hanya nak kan duit tu untuk terus belajar, buka studio dan nak jadi producer je sebenarnya. Allah dah buka jalan ni, jadi saya kena ambil peluang tu dengan sebaik mungkin.

“Macam sekarang saya lebih fokus pada label saya Faithful publishing yang ada lebih kurang 40 ke 50 penulis di bawah kami yang saya rasa saya boleh kongsikan kepada mereka untuk menjadi penulis lirik yang lebih berjaya,” katanya.

Serik mencetuskan pelbagai kontroversi di pentas nyanyian, Faizal turut menyatakan kini fokus utamanya untuk mengekalkan staminanya dan memastikan anak-anaknya terhibur dengan persembahannya.

“Dari segi saya punya stamina saya dah tak macam dulu. Dulu saya mungkin boleh panjat sky folding, terjun masuk dalam air, bakar piano, boleh buat macam-macam.

“Tapi pada usia sekarang ni, saya harus beringat yang saya dah ada nak dan saya nak anak saya saksikan persembahan saya yang mereka boleh enjoy.

“Kalau sebelum ni orang pujuk, saya selalu cakap yang saya tak rasa saya boleh buat semua tu lagi. Nak nyanyi 20 lagu ni bukan senang.

“Kadang-kadang dapat show nyanyi tiga ke empat lagu pun saya dah happy. Jadi perkara ini adalah sesuatu yang saya perlu ambil serius untuk stamina saya di konsert nanti,” jelasnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 5 Jan 2023

Nyanyi Di Pusat Karaoke, Netizen Terkejut Kelunakan Suara Lufya – “Tak Sangka Boleh Nyanyi Ingat Pandai Berlakon Je”

Mungkin ramai dalam kalangan peminat generasi kini lebih mengenali Lufya Omar sebagai seorang pelakon. Mereka yang mengikuti perkembangan karier wanita ini sejak awal kemunculan pula pastinya mengetahui bakat seni Lufya mula dicungkil menerusi program realiti […]

Trending Fri, 14 Feb 2020

[TERKINI] London Underground Jadi Sarang Penyebaran Covid-19

Diharap covid-19 dapat dibanteras secepat yang mungkin

Hiburan Mon, 18 Sep 2023
Hiburan Sat, 21 Oct 2023