Trending By: Salma Syahbuddin January 6, 2021 @ 2:14pm

Tiada Arahan Pengunjung Cameron Highlands Wajib Jalani ‘Swab Test’

Susulan isu yang tular mengenai penutupan premis dan arahan menjalani ujian Covid-19 bagi semua pengunjung Cameron Highlands baru-baru ini, Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) lantas menafikan laporan tersebut pagi ini.

Hanya aktiviti nyahkuman premis perniagaan

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang turut menjelaskan Notis Perintah Tutup Premis yang dimaksudkan sebenarnya dikeluarkan bagi pelaksanaan aktiviti nyahkuman premis perniagaan di samping aktiviti pengesanan kontak rapat juga telah dilakukan selepas satu kes positif dikesan di daerah berkenaan.

Perkara ini turut dikongsi menerusi hantaran di laman Facebook Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 5 Januari 2021.

JKN Pahang menasihati orang ramai untuk mendapatkan maklumat yang sahih dengan menghubungi Crisis Preparedness Response Centre (CPRC) di talian 09-5707985 / 7988 ATAU melalui [email protected] untuk sebarang pertanyaan.

Sumber : Harian Metro, Facebook

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 18 Apr 2023

“Takdirkanlah Yang Terbaik Buat Puteri Sarah Liyana” – Patimah Ismail

Reda melepaskan menantu tersayang, tetapi ikatan yang terjalin tak akan terlerai. sebak pula min 😢😢

Trending Tue, 23 Apr 2019

Baling keju ke wajah bayi, kegilaan apakah ini warganet?

Keju melekat di muka si kecil memang nampak comel, tapi kesian!

Featured Thu, 15 Jun 2023
Featured Sun, 13 Feb 2022
Featured Tue, 11 Jun 2024
Trending Wed, 21 Aug 2019

This Revolutionary Method of Using the Typical Plastic Food Container is Either Hilarious or Actual Genius!

Everyone is today-year-old to realize the full potential of these typical plastic food containers.

Selebriti Mon, 11 Apr 2022