Categories: Trending

Tiada Lagi Had Maksimum 250 Orang Di Majlis Sosial, Namun….

Berita baik untuk anda semua!

Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri telah mengumumkan tiada lagi had maksimum 250 orang di acara sosial ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Mesyuarat telahpun bersetuju untuk mengehadkan dari segi peserta berdasarkan kepada keluasan tempat dan dengan syarat adanya pematuhan penjarakan sosial sejauh satu meter.

“Masjid tidak perlu lagi satu pertiga selagi ada penjarakan sosial, jumlahnya tidak kira, berdasarkan keluasan masjid tersebut.

“Begitu juga dengan majlis perkahwinan di hotel, kalau dewan boleh memuatkan 1,000 orang, dan dengan penjarakan sosial boleh ada sampai 800, maka 800 orang lah.

Namun jumlah tersebut bergantung kepada keluasan tempat berkaitan dengan syarat patuh kepada penjarakan sosial satu meter.

Pesannya, kawalan kendiri dan pematuhan SOP merupakan langkah terbaik yang menyumbang kepada kawalan kes COVID-19 di negara kita.

Aisyah Badrul

Shes got a 70s head but shes a modern lover