Tabik! Tindakan Polis Bantu Uruskan Makan Minum ‘Insan Istimewa’ Ini Dipuji Ramai

Tabik!

Tular di laman Facebook mengenai tindakan 2 anggota polis yang membantu menguruskan ‘lelaki istimewa’ ini yang ditemui tidak berpakaian.

Menurut perkongsian Facebook Masjid Jamek Al-Hidayah Jalan Baharu, pemuda istimewa bergelar Man ini dikatakan diuji dengan masalah mental dan sering ditemui merayau oleh penduduk tempatan di sekitar Jalan Baharu, Pulau Pinang.

‘Man’ yang dibantu anggota polis dan AJK Masjid, diberikan pakaian baru, makanan dan minuman.

“Bukan Sekadar Tegak Undang-Undang, Tetapi Juga Khidmat Kemanusiaan”

“Mulia sungguh dua anggota ni. Ternyata tugas polis bukan sekadar menegakkan undang2 tetapi khidmat kemanusiaan menjulang martabat kepolisan.

’Man’ dimandikan, diberi pakaian dan makan minum di Masjid Al Hidayah Jalan Baru. Terima kasih juga AJK Masjid dan lain-lain yang turut membantu manusia istimewa ‘man’, tulis dalam Facebook tersebut.

Menerusi ruangan komen, dilihat ramai yang memuji tindakan dua anggota polis ini.

Alhamdulillah, dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. Moga kita terus istiqamah dalam membantu semua manusia tidak kira bangsa mahupun agama.

Sumber: Facebook Masjid Jamek Al-Hidayah Jalan Baharu

Syafiqa Irdina