Hati-Hati! Kajian Dapati Ibu Hamil Positif Covid-19 Boleh Jangkiti Bayi Dalam Kandungan

Perhatian buat semua ibu hamil!

Satu kajian terbaharu menunjukkan bukti bahawa wanita hamil yang dijangkiti COVID-19 berkemungkinan boleh menjangkiti bayi dalam kandungan.

Tanda Virus Didapati Semasa Ujian Terhadap Pesakit

Kajian terhadap 31 pesakit COVID-19 yang hamil dan melahirkan anak pada Mac dan April telah dilakukan oleh penyelidik dari Itali.

Dalam kajian itu, mereka menemukan tanda-tanda virus pada beberapa sampel darah tali pusat, plasenta dan satu kes ditemukan dalam susu ibu.

Pakar imunologi di Universitu Milan, Dr Claudio Fenizia berkata kajian mereka menunjukkan jangkitan koronavirus baharu ini berpotensi tersebar daripada ibu ke bayi sebelum lahir.

Jelasnya, bagaimanapun kajian itu masih memerlukan lebih banyak penelitian terutamanya kepada wanita yang dijangkiti COVID-19 di awal kehamilan berbanding responden wanita dalam kajian itu.

Ibu Hamil Perlu Amal Penjarakan Sosial

Sementara itu, UNICEF, agensi kanak-kanak di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesyorkan agar ibu yang dijangkiti COVID-19 memakai pelitup muka semasa menyusu dan amlakan penjarakan sosial.

Sumber: Berita Harian

Syafiqa Irdina