Categories: Trending

Tidak Pernah Keluarkan SOP Ziarah Beraya – MKN

Hati-hati dengan berita palsu guys..

Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini mengesahkan bahawa pihaknya tidak pernah mengeluarkan SOP aktiviti ziarah menziarahi sempena Hari Raya Aidilfitri.

Dalam satu kenyataan rasmi di Telegram, MKN mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai berita palsu yang tersebar di laman sosial.

Berita tersebut mengandungi lapan muka surat Slaid Powerpoint yang menyatakan pergerakan hari perayaan Aidilfitri, Pesta Keamatan dan Hari Gawai dan merentas daerah hanya dibenarkan untuk perkara seperti pergi balik kerja, keperluan makanan dan perubatan sahaja.

Slaid tersebut turut menyatakan sambutan perayaan hanya dalam kalangan keluarga yang berada di dalam rumah yang sama sahaja.

Semoga korang lebih berhati-hati dengan sebarang berita palsu di laman sosial, jangan lupa untuk periksa kesahihan dulu. Kalau tular korang boleh kena denda tau!

Baca berita berkaitan: PKPB: Ziarah Menziarahi Hari Raya Dibenarkan Antara Daerah

Sumber: Telegram rasmi MKN

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”