Categories: FeaturedTrending

Negara Catat Kes Harian Terendah Semalam Sejak PKP – Dr. Noor Hisham

Alhamdulillah.

Malaysia semalam telah mencipta rekod apabila mencatatkan kes positif baharu wabak Covid-19 terendah iaitu sebanyak 16 kes sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lalu.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah melalui sidang media iaitu, 9 daripada 16 kes adalah dalam kalangan bukan warganegara Malaysia.

Tiada kes kematian berkaitan wabak tersebut direkodkan semalam dan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 109 orang.

Dalam pada itu, sebanyak 110 kes positif jangkitan Covid-19 di negara ini dilaporkan telah pulih dan dibenarkan keluar hospital setakat Selasa 12 Mei 2020.

Tonton video di bawah mengenai sidang media oleh Ketua Pengarah Kesihatan semalam.

Youtube Buletin TV3

Apa-apa pun orang ramai diingatkan untuk sentiasa mengamalkan penjarakan sosial dan mengambil langkah pencegahan walau di mana pun korang berada okay?

Stay put, stay safe.

Syafiqa Irdina