Categories: Trending Hari Ini

“I’m All Over NYC!” – Wajah Yuna Sekali Lagi Hiasi Billboard New York

“What a moment!”

Siapa tak kenal dengan penyanyi Yunalis Zarai atau lebih dikenali dengan panggilan Yuna ini bukan?

Baru-baru ini Yuna telah berkongsi berita gembira buat peminatnya di laman Instagram apabila wajahnya terpampang di papan iklan gergasi di kota New York!

Penyanyi yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu terharu dan berbangga apabila dipilih menjadi wajah kepada seluruh Asia oleh aplikasi muzik Spotify bersempena kempen bulan Warisan Asia Amerika dan Kepulauan Pasifik.

“Lihat mak, saya ada merata-rata di NY (New York). Meraikan bulan Asian American & Pacific Islander Heritage bersama Spotify. Terima kasih Spotify kerana sentiasa memilih saya menjadi sebahagian daripada bulan istimewa ini. Saya sangat bangga menjadi warga Asia,” tulisnya.

Terdahulu, wajah Yuna pernah dipaparkan di lokasi ikonik, Times Square, New York buat pertama kali pada tahun 2016 dan sekali lagi pada Julai 2019 sewaktu pelancaran album Rogue.

Tahniah Xtra ucapkan buat Yuna yang berjaya mengharumkan nama negara malah diangkat menjadi wakil kepada masyarakat Asia!

Kredit: Instagram Yuna

Syafiqa Irdina