Trending By: Yanie Baharom July 16, 2018 @ 1:00pm

Timbang Bola Dalam Keadaan Berjubah Dan Berhijab, Gadis Ini Memang Power!

Piala Dunia FIFA 2018 melabuhkan tirainya pagi tadi dengan menyaksikan kemenangan pasukan Perancis 4-2 menentang Croatia.

Kedua-dua pasukan ini mencipta sejarah tersendiri di mana Perancis kembali merampas pengiktirafan tertinggi dalam kejohanan bola sepak peringkat dunia itu selepas 12 tahun memendam rasa sementara Croatia yang dianggap pasukan ‘underdog’ menduduki tempat kedua.

Meskipun bahang Piala Dunia sudah berakhir, kisah gadis bernama Nisa yang hebat menimbang bola nampaknya masih belum reda. Lebih memancing ramai untuk mengenali gadis dilahirkan dengan nama Qhouirunnisa’ Endang Wahyudi, 18, kerana dia bertudung.

Foto: radiosport

Perihal tentang Nisa tular selepas video aksinya memakai jubah dan berhijab sambil menimbang bola tular baru-baru ini menarik perhatian netizen di laman sosial Facebook.

Ini mungkin kerana aksinya yang menimbang bola (permainan dimonopoli kaum lelaki) kelihatan cukup bersahaja dengan memakai jubah.

Mesra disapa Nisa, gadis ini memuat naik videonya bukan hanya untuk meraih perhatian dengan penampilannya (berhijab) ataupun menambah ‘follower’ tetapi minatnya yang mendalam terhadap sukan itu.

Foto: indiatimes

Katanya, sebelum ini beliau sering beraksi (menimbang bola) dan menjadi semakin rancak apabila perlawanan bola sepak berprestij di dunia, Piala Dunia FIFA 2018 yang berlangsung pada 14 Jun lalu di Rusia.

“Wanita berhijab bukan penghalang untuk menceburi mana-mana bidang sukan atau dalam free style football tetap yang menjadi penghalang adalah diri kita sendiri sama ada mahu ataupun tidak,” katanya.

Anak sulung dari tiga beradik ini yang kini melanjutkan pelajaran dalam jurusan Asasi dalam bahasa Arab dan Sains Islamic di Universiti Al-Madinah, Shah Alam berkata beliau meminati dunia bola sepak ketika menemani adik lelakinya yang bermain futsal dua tahun lalu.

Foto: Bernama

Beliau juga menjadikan pengalaman ketika membuat persembahan bersama dua rakannya di Sunway Velocity Mall sebagai titik tolak dalam meningkatkan lagi mutu permainannya.

Katanya lagi, walaupun permulaan ayahnya tidak membenarkannya untuk menceburi dalam dunia bola sepak ini tetapi bila melihat dirinya gigih berlatih, ayah dan ibunya mula memberi dorongan dan sokongan kepadanya.

Kelincahan pemain dari Perancis, Lisa Zimouche memberi sumber inspirasi kepadanya bagi melihat corak permainan dalam sukan itu.

Ketika ditanya harapan terhadap sukan tersebut, beliau berkata biarpun Malaysia masih gagal layak ke kejohanan bola sepak berprestij itu, Malaysia masih boleh berbangga dengan memiliki seorang remaja perempuan yang mampu menggegar dunia menerusi bakatnya dalam menimbang bola.

 

Sumber : Bernama

Sumber Video : YouTube

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 14 Jul 2021

Bimbang Kes Semakin Tinggi, Netizen Beri Sokongan & Simpati Buat Dr Noor Hisham

Semalam, kes COVID-19 di Malaysia mencatatkan 11,079 kes manakala hari ini pula, ia mencatatkan 11,618 kes baru. Bilangan kes baru yang semakin membimbangkan ini terus mencetuskan pelbagai reaksi orang ramai di media sosial. Semalam, Ketua […]

Trending Sun, 10 Dec 2017

McDonald’s Malaysia Nafi Salur Dana Kepada Israel

“Satu Tuduhan yang Tidak Benar, Dusta, Palsu dan Fitnah” McDonald’s Malaysia Nafi Salur Dana Kepada Israel

Featured Sat, 9 Oct 2021
Featured Sun, 20 Nov 2022
Featured Mon, 11 Oct 2021
Featured Wed, 25 Jan 2023
Trending Thu, 8 Jul 2021

Kadar Faedah Pinjaman Dikekalkan – BNM

Diharap ekonomi global terus kukuh!

Featured Thu, 3 Nov 2022

“Sold Out Within 24 Hours!” – Ticket Konsert Lah Ahmad Bagai Pisang Goreng Panas

Tiket konsert 25 Years Lah Ahmad Live In Concert yang akan diadakan di Stage 1 Theatre, PJPAC 1 Utama, Petaling Jaya pada 28 Januari habis dijual dalam tempoh kurang 24 jam. Berita gembira itu dikongsikan […]